JavaScript harus aktif untuk menggunakan foursquare.com
Kami menggunakan teknologi terbaru dan terbaik yang ada untuk memberikan pengalaman web terbaik yang mungkin. Aktifkan JavaScript di pengaturan browser untuk melanjutkan.
Unduh Foursquare untuk ponselmu dan mulailah menjelajahi dunia di sekitarmu!
Offenbar hast du diese Funktion zu schnell genutzt. Du wurdest vorübergehend von der Nutzung dieser Funktion blockiert.
Offenbar hast du diese Funktion zu schnell genutzt. Du wurdest vorübergehend von der Nutzung dieser Funktion blockiert.
Wenn dies deiner Meinung nach nicht gegen unsere Gemeinschaftsstandards verstößt,
Offenbar hast du diese Funktion zu schnell genutzt. Du wurdest vorübergehend von der Nutzung dieser Funktion blockiert.
Offenbar hast du diese Funktion zu schnell genutzt. Du wurdest vorübergehend von der Nutzung dieser Funktion blockiert.
LONDON - Landskap politik global dan kuasa ketenteraan yang menyaksikan perubahan drastik menunjukkan Perang Dunia Ketiga sudah pun bermula.
Ketika ini, beberapa pakar juga percaya konflik baharu di Syria akan menjadi titik tolak kepada meletusnya Perang Dunia Ketiga susulan campur tangan banyak pihak terutamanya Rusia dalam pertempuran sengit tersebut.
Pakar keselamatan negara, Mark Toth dan bekas pegawai risikan Amerika Syarikat (AS), Kolonel Jonathan Sweet menyatakan peperangan paling ditakuti komuniti antarabangsa itu tidak seperti peperangan pada abad ke-20.
“Ia tidak akan berlaku seperti dipaparkan dalam filem Hollywood, tiada kemusnahan harta benda atau 'awan cendawan' disebabkan ledakan nuklear.
“Ia merentasi domain medan tempur di pelbagai wilayah. Fasa awal peperangan itu sebenarnya bermula ketika kempen pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022,” ujar mereka menerusi wawancara bersama Daily Mail.
Sejak kebelakangan ini, perang hibrid meliputi serangan siber, penyebaran maklumat salah dan manipulasi ekonomi dan propaganda Barat turut disebut sebagai fasa awal yang akan membawa kepada Perang Dunia Ketiga.
Peperangan hibrid mendominasi peringkat global tanpa disedari banyak pihak.
Toth dan Sweet mendakwa operasi Rusia di Kiev adalah contoh jelas perang hibrid termasuk menggunakan khidmat askar upahan seperti Wagner Group untuk menggugat kestabilan di seluruh rantau Afrika selain meningkatkan pengaruh mereka dalam ruang siber serta angkasa lepas.
Moscow didakwa menggunakan pelbagai cara untuk menyebarkan maklumat salah seperti deepfake yang dijana teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memanipulasi pendapat umum dan menyemai perbalahan dalam demokrasi Barat, sekali gus merumitkan lagi landskap perang baharu ini.
Sebagai sokongan kepada barisan siber, negara Barat juga semakin bergantung kepada taktik tidak konvensional seperti pengintipan, sabotaj dan operasi rahsia termasuk serangan arson ke atas hab logistik serta menyasarkan penentang politik mereka.
“Keupayaan 'kuasa besar' melancarkan perang hibrid hingga menggugat keamanan dunia menunjukkan kekuatan sesebuah negara yang tidak boleh disangkal pihak lain,” jelas Toth dan Sweet lagi.
Potensi konflik besar di rantau Asia
Meskipun taktik hibrid mendominasi peringkat global, beberapa wilayah masih berdepan peperangan fizikal yang sengit dan yang paling ketara adalah di Ukraine.
Strategi Rusia tidak hanya terhad di medan perang setelah ia terus menyasarkan grid kuasa hingga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik kepada jutaan penduduk di Kiev.
Kempen ketenteraan Putin dan 'campur tangan AS' juga mewakili anjakan geopolitik lebih besar yang menandakan bermulanya fasa awal Perang Dunia Ketiga.
Di rantau Asia Barat, konflik masih meruncing disebabkan perang genosid ke atas Genting Gaza dan pelaksanaan gencatan senjata yang goyah di Lubnan manakala pencerobohan China yang semakin meningkat di Indo-Pasifik termasuk ancaman terhadap Taiwan serta ketegangan yang tercetus di Semenanjung Korea turut mencetuskan kebimbangan kepada banyak pihak.
Washington memberi amaran cubaan Beijing untuk merampas Taiwan sebelum akhir dekad ini menjadikan rantau Asia sebagai satu lagi titik panas untuk potensi konflik lebih besar.
Konflik global bukan hanya melibatkan pertempuran fizikal dan digital malah perang ideologi.
Bekas Presiden Perancis, Francois Hollande pernah menyatakan dunia sedang berdepan peperangan antara demokrasi dan autoritarianisme.
Perpecahan ideologi ini semakin jelas apabila Rusia, China, dan Korea Utara sejajar menentang campur tangan Barat terutamanya AS.
Pertempuran ideologi tersebut diburukkan lagi dengan persaingan yang semakin meningkat antara kuasa besar terutamanya apabila Beijing memodenkan pasukan tentera mereka pada skala tidak pernah berlaku sebelum ini, sekali gus mencabar kelebihan strategik Barat.
Mesej jelas kepada Barat
Meskipun ketegangan semakin meningkat, Penganalisis Kanan Eropah di Unit Risikan Ekonomi, Adeline Van Houtte berkata, risiko masih tinggi meskipun Perang Dunia Ketiga belum dapat dipastikan.
“Keputusan kemas kini doktrin nuklear dan penggunaan misil hipersonik baharu, Oreshnik berkemungkinan untuk menghantar mesej jelas kepada Barat. Tetapi, meletusnya perang nuklear adalah mustahil sama sekali,” ujarnya.
Beliau percaya perang hibrid akan diteruskan untuk satu tempoh bagi menakut-nakutkan musuh mereka dan bukannya bertujuan melancarkan peperangan fizikal berskala besar.
Toth dan Sweet bagaimanapun kekal dengan pendirian mereka bahawa dunia sudah berada di fasa awal Perang Dunia Ketiga yang terhad di Ukraine.
Pada awal November, bekas Komander Tentera Ukraine, Valery Zaluzhny menyatakan Perang Dunia Ketiga sudah bermula dan Barat belum bersedia untuk menghadapinya.
“Saya percaya 2024 adalah tahun bermulanya peperangan berskala besar tersebut,” kata Duta Kiev ke Britain itu lagi.
Pegawai Pentagon juga memberi amaran perang antara AS, China atau Rusia boleh tercetus pada bila-bila masa hingga merebak menjadi Perang Dunia Ketiga. - Agensi
RATU 88 LOGIN COBA ALTERNATIF Rasakan ketegangan dalam permainan survival Walking of Dead! Hadapi zombie ganas, kumpulkan sumber daya, bentuk aliansi, dan bertahan hidup di dunia penuh bahaya.